Isteri Baru Lepas Bersalin 3 Bulan, Peguam Akan Fail Rayuan Tangguh Hukuman Da’i Syed

LocalPolitics
23 Jan 2026 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Peguam yang mewakili pendakwah selebriti Da’i Syed, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bakal memfailkan rayuan baharu di Mahkamah Rayuan susulan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah mengekalkan hukuman terhadap anak guamnya hari ini.

Menurut Mohamed Baharudeen, pihaknya juga telah merancang untuk memohon rayuan penangguhan hukuman di peringkat Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

“Pihak pembelaan telah merancang untuk memfailkan rayuan secepat mungkin di Mahkamah Rayuan, termasuk permohonan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman di peringkat itu.”

image is not available

“Rayuan ini akan menumpukan kepada beberapa isu undang-undang penting yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, terutamanya pertikaian berkaitan Seksyen 375 dan 376 Kanun Keseksaan serta kekeliruan dalam naratif pendakwaan dan pembelaan.”

“Sekiranya penangguhan diberikan oleh Mahkamah Rayuan, pihak pembelaan akan memaklumkan kemudian.”

“Isu utama yang dipertikaikan adalah berkaitan persetujuan dan Mahkamah Tinggi menegaskan hujahan pembelaan tidak mencukupi untuk mengubah keputusan terdahulu. Oleh itu, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan.”

Tambahnya, pihak pembelaan juga akan kemukakan permohonan penangguhan hukuman sejurus keputusan dibuat.

image is not available

“Selepas itu, pihak pembelaan memohon penangguhan pelaksanaan hukuman dengan alasan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.”

“Bagaimanapun permohonan tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana tiada keadaan khas yang membolehkan penangguhan diberikan, walaupun pihak pembelaan menegaskan Orang Kena Tuduh (OKT) sentiasa hadir ke mahkamah, bukan flight risk dan baru sahaja menimang anak berusia 3 bulan.”

Sumber : mStar Online

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.