“Insyallah Dipercepatkan” – Selepas Kekal Bebas, Syed Saddiq Jawab Pertanyaan Mengenai Perancangan Perkahwinan Dengan Bella

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Susulan pembebasannya hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat memberikan respons ringkas ketika ditanya mengenai perancangan perkahwinannya dengan tunang, Bella Astillah.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Syed Saddiq memberi bayangan bahawa urusan perkahwinan mereka mungkin akan dipercepatkan.

Advertisement

syed saddiq

“Insyallah dipercepatkan.”

Syed Saddiq turut memaklumkan bahawa dia dijangka mengadakan satu lagi siaran langsung pada malam ini bagi menjawab pelbagai persoalan berkaitan hal peribadi dan politik.

“Jika tunang saya berkelapangan malam ini akan ada live, korang semua boleh tanya semua soalan”

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pihak pendakwaan menerusi keputusan majoriti 2-1, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA. Keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini telah mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq2026-07-13 10:53:21

(KES ARMADA) Syed Saddiq Dibebaskan Daripada Semua Pertuduhan Penyelewengan - Mahkamah Persekutuan

The post “Insyallah Dipercepatkan” – Selepas Kekal Bebas, Syed Saddiq Jawab Pertanyaan Mengenai Perancangan Perkahwinan Dengan Bella first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved