Insyirah juara Pertandingan Busana Merdeka

30 Aug 2026 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Insyirah juara Pertandingan Busana Merdeka

BEAUFORT: Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kebajang, Insyirah Sharayal dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Pertandingan Busana Merdeka - Segmen Ratu Cantik, anjuran Majesty Crown Management di Kota Kinabalu.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Majlis Belia Sabah itu menampilkan tujuh finalis memperagakan busana bertemakan Bulan Kebangsaan yang menggabungkan kreativiti, keanggunan dan identiti budaya.

Insyirah mempersembahkan busana yang menampilkan unsur budaya Bisaya, rekaan Ruslina dari RQ Tailor.

Bapanya, Rill Rie @ Sharayal berkata, kejayaan itu hasil pengorbanan dan sokongan anggota keluarga, rakan-rakan serta penyokong sepanjang pertandingan.

Beliau berkata, keluarga mereka meluangkan masa, tenaga dan wang yang banyak bagi menyokong penyertaan Insyirah.

Rill Rie, yang juga penerbit muzik dan penyanyi etnik Bisaya, berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong anaknya, termasuk pengundi yang menyumbang melalui aplikasi pertandingan, selain penganjur dan barisan juri.

Insyirah mula menyertai pertunjukan fesyen etnik dan tradisional ketika berusia enam tahun dan telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat sekolah dan daerah di Beaufort, Menumbok dan Papar.

Pengalaman itu membantu meningkatkan keyakinan diri, disiplin dan kemahirannya dalam memperagakan pakaian etnik dan tradisional.

Penyertaannya turut mendapat sokongan beberapa pemimpin, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan merangkap Presiden Persatuan Bisaya Sabah, Datuk Ruslan Muharam, Adun Klias Datuk Isnin Aliasnih, Ahli Parlimen Beaufort Aminah Aching dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Insyirah berkata, beliau bersyukur atas pencapaian itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang pertandingan.

Beliau berkata, kemenangan itu amat bermakna bukan sahaja kepada keluarganya, malah dalam mempromosikan Beaufort dan budaya Bisaya pada platform yang lebih luas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved