
Intel AI PC Experience: Memacu Kreativiti dan Produktiviti Masa Depan
BANGSAR, KUALA LUMPUR – 1 Jun 2025, Masa depan dunia komputer peribadi kini telah tiba dan ia lebih pintar daripada sebelumnya. Dalam satu sesi eksklusif yang berlangsung di De.Wan 1958 oleh Chef Wan, Bangsar Shopping Centre, Intel Malaysia memperkenalkan kepada kumpulan media dan pencipta kandungan tentang bagaimana komputer AI yang dikuasakan oleh Intel® Core Ultra mampu mentransformasi cara kita bekerja, berkarya dan berinteraksi dengan teknologi setiap hari.
Acara bertajuk “Intel AI PC Experience: Turbocharging Creativity and Content Creation” ini memfokuskan kepada keunikan AI PC, komputer riba generasi baharu yang dilengkapi dengan Neural Processing Unit (NPU), membolehkan pelaksanaan AI dilakukan secara terus di dalam peranti tanpa memerlukan sambungan internet.

Apa Itu AI PC dan Kenapa Ia Penting?
Tidak seperti PC biasa, AI PC menggunakan gabungan kuasa pemproses (CPU), pemproses grafik (GPU), dan NPU untuk mempercepatkan tugas yang melibatkan kecerdasan buatan. Dengan teknologi ini, pengguna boleh menjana ringkasan mesyuarat, menghasilkan kandungan, menterjemah bahasa secara langsung, dan melakukan penyuntingan imej atau video dengan pantas semuanya dijalankan secara tempatan, selamat dan peribadi.
Dalam pembentangan oleh George Chacko (Pengurus Besar SEANZ Intel) dan Swapnil Mathur (Demo Lead), peserta menyaksikan secara langsung bagaimana AI menyokong pelbagai aplikasi harian seperti transkripsi automatik, penyuntingan pintar, pengecaman wajah dan banyak lagi.

Sesi “Touch-and-Explore” Uji Sendiri AI PC
Peserta turut diberi peluang untuk mencuba sendiri beberapa model komputer AI terkini daripada jenama popular seperti Acer Swift 14, Asus Zenbook S14, Dell XPS 13, HP Omnibook Ultra, serta Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 13 Aura dan Yoga Slim 7i Aura Edition.
Reka bentuk yang nipis dan ringan, prestasi pantas dan penggunaan tenaga yang lebih cekap menjadikan komputer-komputer ini sesuai untuk golongan profesional, pencipta kandungan, dan pelajar.

Kesan Dunia Nyata Lebih Daripada Sekadar Gimik
Apa yang membezakan AI PC ialah keupayaannya mengendalikan aplikasi AI secara langsung di dalam peranti bukan dari awan (cloud). Ini memberikan kelebihan seperti:
- Privasi lebih terjamin – data tidak dihantar keluar
- Respon pantas dan tanpa lengah
- Boleh digunakan walaupun tanpa internet
- Pengalaman diperibadikan mengikut kegunaan pengguna
Melalui platform seperti Intel Arc® AI Playground, pengguna boleh mencuba pelbagai demo AI secara terus di desktop seperti penjanaan seni, pertukaran suara dan banyak lagi.
Ketahui Lebih Lanjut
Misi Intel: Teknologi Yang Mengubah Dunia
Intel bukan sekadar menghasilkan cip komputer. Mereka mempunyai visi yang lebih besar

“Mencipta teknologi yang mengubah dunia dan memperbaiki kehidupan setiap insan di planet ini.”
Intel menerajui inovasi teknologi yang menjadi asas kepada kehidupan moden, membolehkan kita berhubung, berkarya dan mencapai perkara luar biasa bersama-sama. Dengan fokus kepada inovasi lestari dan pengalaman pengguna, Intel sedang membuka lembaran baharu dalam dunia pengkomputeran.
The post Intel AI PC Experience: Memacu Kreativiti dan Produktiviti Masa Depan appeared first on Siakap Keli.



