Intel Dijangka Memperkenalkan Siri CPU Arrow Lake Refresh Dengan Kelajuan Lebih Tinggi

TechnologyDigital
8 Jul 2025 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel baru-baru ini diilhat masih berada dalam proses untuk mengurangkan tenaga kerja pengurusan mereka, tetapi syarikat tersebut nampaknya masih akan meneruskan dengan pelan mereka untuk melancarkan siri CPU baru.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Intel akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Arrow Lake Refresh pada penghujung tahun ini. Ia merupakan kemaskini kepada siri cip pemprosesan Arrow Lake sedia ada, dan dijangka akan hadir dengan kelajuan dan kemampuan NPU (cip pemprosesan AI) yang lebih baik.

image is not available

Selain daripada kadar kelajuan asas dan Turbo Boost yang lebih tinggi, ia juga akan menggunakan cip NPU4 yang baru. Cip NPU baru ini membolehkannya hadir dengan sekurang-kurangnya 40 AI TOPS yang akan menjadikannya sebuah CPU desktop Copilot+ yang boleh memanfaatkan semua ciri-ciri AI baru sistem operasi Windows 11.

Intel dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan Arrow Lake Refresh sekitar penghujung suku ketiga atau awal suku keempat tahun ini, dan masih akan menyokong papan induk LGA1851 sedia ada.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved