Intel Disaman Kerana Nilai Saham Merudum 29 Peratus

TechnologyBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel Disaman Kerana Nilai Saham Merudum 29 Peratus

Pada awal bulan November, sewaktu pembentangan kewangan terkini Intel, CEO syarikat, Lip-Bu Tan telah mengumumkan bahawa terdapat kebarangkalian besar bahawa dalam tempoh terdekat ini, Intel akan memberi fokus yang lebih besar terhadap pengeluaran cip pemprosesan pusat data mereka, Intel Xeon “Clearwater Forest” menggunakan proses Intel 18A mereka.

Beliau juga mengatakan bahawa pengeluaran komputer desktop dan komputer riba akan berkurangan kerana komponen memori dan storan yang masih lagi sangat mahal dan sukar untuk didapatkan kerana syarikat-syarikat pengeluar komponen tersebut juga kini memfokuskan terhadap pengeluaran untuk sektor pusat data dan kecerdasan buatan.

Intel HQ

Kenyataan tersebut nampaknya tidak begitu disenangi oleh beberapa pihak, termasuklah pelabur syarikat sendiri, kerana pada penghujung bulan Oktober, sebelum pembentangan kewangan, saham syarikat Intel telah merudum sebanyak 28.6 peratus kerana kekurangan permintaan, dan jumlah inventori cip yang tidak dapat dijual oleh syarikat.

Ini menyebabkan sejumlah para pelabur Intel memfailkan saman terhadap syarikat tersebut, kerana kejatuhan saham tersebut menyebabkan nilai syarikat Intel susut sebanyak $140 bilion. Saman terhadap Intel difailkan oleh City of Southfield Fire and Police Retirement System, iaitu sebuah dana pencen polis pad 13 November baru-baru ini.

Dana pencen tersebut turut merujuk kepada penjualan saham Intel bernilai $23 bilion pada pertengahan bulan Ogos, ketika harga saham ditetapkan pada $95 sesaham. Mereka mendakwa bahawa Intel mempunyai insentif untuk menangguhkan pendedahan mengenai kesulitan kewangan syarikat, sementara mereka mengumpul modal untuk menyokong pengembangan operasi pengeluaran cip. Ketua Pegawai Eksekutif Lip-Bu Tan dan Ketua Pegawai Kewangan David Zinsner juga disenaraikan sebagai defendan.

Intel melaporkan hasil pendapatan sebanyak $16.5 bilion pada suku ketiga, yang mencerminkan peningkatan tahunan sebanyak 21%. Walau bagaimanapun, hasil daripada segmen Client Computing dan Physical AI Group merosot 5% kepada $8.1 bilion, manakala hasil daripada segmen Data Center dan AI meningkat 78% kepada $7.3 bilion.

Image from: Intel Disaman Kerana Nilai Saham Merudum 29 Peratus

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, dan telah dijelaskan sebelum ini dimana walaupun permintaan untuk komputer-komputer berkurangan kerana harga memori dan storan yang melambung naik menyebabkan pengguna tidak begitu selesa untuk membeli komputer baru, tetapi permintaan yang melambung tinggi dari syarikat-syarikat AI dilihat membantu dalam menstabilkan pendapatan syarikat.

Walaupun begitu, hujah yang dibawa oleh pihak-pihak menyaman ini mengatakan bahawa penurunan jualan dan lebihan komponen pengguna didalam gudang dilihat jauh lebih teruk daripada pendapatan yang dibawa masuk oleh sektor pusat data dan kecerdasan buatan dalam jangka masa pertengahan dan panjang, dan kedua-dua pihak CEO dan CFO syarikat tidak memberi sebarang keyakinan tentang masa hadapan pasaran pengguna kepada pihak pelabur.

Sumber: Videocardz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved