iPad Air, iMac dan Studio Display Dikatakan Akan Menerima Sokongan Skrin 90Hz

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesemua model iPhone 17 termasuk iPhone 17 Slim dilaporkan akan menyokong skrin LTPO dengan kadar segar semula 120Hz. Jika ini benar berlaku, ia adalah perkara baik selepas bertahun lamanya pilihan telefon dengan skrin 120Hz banyak terhad pada Android sahaja. Bukan itu sahaja, produk bukan iPhone pun dikatakan turut tidak lagi akan menggunakan skrin 60Hz.

image is not available

Menurut 9to5Mac, terdapat khabar angin yang skrin LCD yang Apple masih gunakan turut akan dinaiktaraf ke 90Hz. Peranti yang dikatakan akan menggunakan skrin ini adalah iPad Air dengan cip M4, iMac dan juga Apple Studio Display. Buat masa ini tiada sumber dari pembekal atau penganalisa melaporkan kewujudan skrin 90Hz untuk produk Apple.

Namun dengan laporan mengenai kesemua iPhone 17 dengan skrin 120Hz, tidak terkejut jika Apple mula menaiktaraf skrin 60Hz ke 90Hz untuk produk-produk yang tidak dikira sebagai peranti untuk penggunaan profesional. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.