Samsung Mungkin Hadir Dengan Galaxy S25 Slim Untuk Bersaing Dengan iPhone 17 Slim

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 4:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPhone 17 Slim adalah iPhone baharu dengan satu kamera 48MP, spesifikasi mercu dan mungkin menggantikan siri Plus. Cip yang akan digunakan dijangka adalah Apple A19, ciri Apple Intelligence akan disokong, memori 8GB dan akan hadir dalam rekaan serba baharu. Baru-baru ini, Samsung juga dilaporkan akan hadir dengan model Slim tersendiri.

Peranti Samsung ini dikatakan adalah Galaxy S25 Slim. Model peranti ini dikatakan akan dijual dalam jumlah yang terhad dan juga di pasaran terpilih. Ia dikatakan adalah satu eksperimen untuk melihat jika orang ramai boleh menerimanya, rekaan Galaxy S26 akan mengambil inspirasi dari Galaxy S25 Slim. Samsung mungkin menggunakan strategi sama pada Galaxy Z Fold 6 SE untuk peranti ini.

Turut tidak pasti jika adakah Samsung akan menggantikan model Plus mereka dengan model Slim. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved