iPad Generasi Baharu Dengan MacBook Air M3 Bakal Tiba Hujung Mac Ini

TechnologyDigital
29 Jan 2024 • 11:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dijangka akan melancarkan iPad generasi baharu pada tahun ini. iPad ini dikatakan akan menggunakan rekaan serba baharu, kamera Face ID secara melintang, mungkin menyokong MagSafe dengan panel belakang kaca dan juga dijana cip Apple M3. Cip baharu ini turut dikatakan akan diperkenalkan kepada dua saiz MacBook Air baharu juga.

image is not available

Baru-baru ini, Mark Gurman melalui Power On! melaporkan yang iPad-iPad baharu dan juga MacBook Air akan dilancarkan pada hujung Mac tidak lama lagi. Butiran jelas mengenai dua peranti ini masih tidak jelas. Agak menarik untuk melihat iPad dan MacBook Air baharu dilancarkan serentak, kerana kali terakhir Apple melakukan pelancaran begini adalah pada tahun 2022.

image is not available

Dua iPad yang dijangka akan diperkenalkan adalah iPad Pro dan iPad Air, sementara untuk MacBook adalah MacBook Air 13-inci dan 15-inci. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut pelancarannya tidak lama lagi.