IPD Sibu Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 14 Dan 15 Januari Ini

12 Jan 2023 • 8:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Yang belum tu, cepat-cepat lah bayar saman yang tertunggak, okay?

IPD Sibu Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 14 Dan 15 Januari Ini. Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sibu mengadakan Diskaun Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Tawaran ini berkuat kuasa bermula 14 hingga 15 Januari 2023, iaitu pada hujung minggu ini pada jam 9 pagi hingga 4 petang.

image is not available
IPD Sibu Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 14 Dan 15 Januari Ini

Diskaun bagi bayaran saman sehingga 50 peratus mengikut terma dan syarat meliputi saman trafik

Mereka yang memiliki saman tertunggak khususnya warga Sibu berpeluang untuk menyelesaikan pada kadar diskaun sehingga 50 peratus di Balai Polis Trafik Sungai Merah di Jalan Wawasan pada ketetapan tarikh dan masa tersebut.

Diskaun 50 peratus hanya digunakan untuk semua jenis saman kecuali:

  • Saman lampu isyarat merah
  • Saman kemalangan
  • Saman menggunakan lorong kecemasan
  • Saman ubahsuai ekzos
  • Saman memotong di garisan berkembar
  • Saman memotong cara bahaya
  • Saman bicara mahkamah (bertanda -‘M’)
  • Saman melibatkan M/lori (bertanda -‘^’
  • Saman No Compound (N/C)

Tempoh diskaun ini dilaksanakan susulan memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.

image is not available

Lagi artikel semasa anda boleh baca pautan di bawah: