
IPGM memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku buli membabitkan pelatih di institusi berkenaan.
Dalam satu kenyataan media hari ini, IPGM memaklumkan pihaknya memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.
Menurut kenyataan itu, hukuman tatatertib termasuk tindakan buang IPGM akan dikenakan terhadap mana-mana pelatih yang didapati bersalah.
IPGM turut menegaskan bahawa pelatih perlu mempunyai disiplin tinggi serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal pendidik negara.
Baca juga:
Dakwaan Cikgu Farhan pikul beras tular, Guru Besar SK Pinawantai nafi kejadian
Ahli Parlimen Pasir Puteh perjelas isu dakwaan hina sahabat Nabi
Vijay hargai ucapan tahniah Anwar, komited eratkan hubungan Tamil Nadu-Malaysia

Terdahulu, tular di media sosial satu surat terbuka yang mendakwa berlaku insiden buli melampau pada 8 Mei lalu melibatkan sekumpulan senior terhadap hampir 100 pelatih junior lelaki.
Berdasarkan dakwaan yang tersebar, kejadian dikatakan berlaku antara jam 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi dengan pelbagai bentuk hinaan, paksaan serta dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadap mangs
The post IPG beri jaminan ambil tindakan tegas isu buli pelatih appeared first on The Reporter.






