iPhone 15 bukan Pro juga akan guna kamera 48MP, menurut pemerhati

Digital
28 Jul 2023 • 8:06 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pemerhati pasaran terkenal, Ming-Chi-Kuo, melaporkan yang iPhone 15 versi bukan pro turut akan menikmati manfaat kamera 48MP. Buat pengetahuan anda, pada siri iPhone 14 sekarang, hanya versi Pro sahaja yang menerima kamera utama 48MP dan menandakan penghijrahan keluar jenama itu daripada sensor 12MP yang mereka gunakan sejak sekian lama. Rentetan daripada itu, pengeluar cip terkenal, Sony, katanya telah mempertingkat kapasiti pengeluaran kepada sehingga 120% untuk memenuhi permintaan Apple.

image is not available

Sensor 48MP yang digunakan Apple pada iPhone, secara fizikalnya lebih besar daripada sensor tradisional 12MP. Ia dilapor berukuran 1/1.7" berbanding 1/2.8". Saiz sensor yang besar bermakna prestasi dalam persekitaran gelap yang lebih baik manakala bilangan piksel yang lebih tinggi diterjemah kepada gambar yang lebih tajam dalam persekitaran yang cukup cahaya.

image is not available

Teknologi yang dipindah daripada iPhone varian tinggi ke rendah adalah sesuatu yang biasa. Contohnya, kita telah melihat penstabil imej berasaskan sensor-shift yang kita lihat pada iPhone 12 Pro telah dipindahkan ke iPhone 13 bukan Pro untuk jadikan kesemua barisan iPhone tahun untuk menikmati manfaat teknologi penstabil imej yang lebih baik.

image is not available

Sekiranya anda mengikuti kalendar pelancaran iPhone oleh Apple, anda boleh jangkakan iPhone 15 diumumkan dalam bulan September 2023 nanti. iPhone baharu biasanya akan tiba dalam Suku 3 2023 kerana Suku 4 2023 adalah bermulanya tahun kewangan Apple dan mereka biasanya ingin memanfaatkan angka jualan iPhone untuk dimasukkan dalam laporan suku tahunan sebelum dilaporkan kepada pemegang-pemegang saham.

Berikut adalah tarikh pelancaran 6 iPhone terdahulu:

  • iPhone 14 – 16 September 2022
  • iPhone 13 – 24 September 2021
  • iPhone 12 – 13 November 2020
  • iPhone 11 – 20 September 2019
  • iPhone XS – 21 September 2018
  • iPhone X – 12 September 2017

Seumber: 9to5Google

Bacaan berkaitan