iPhone 16 Dikatakan Menyokong Pengecasan Sehingga 45W

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia memperkenalkan iPhone 16 pada awal minggu ini, dan kini melalui pendaftaran pensijilan peranti di China, ia memperlihatkan siri iPhone 16 akan menawarkan sokongan pengecasan pantas sehingga 45W melalui USB-C.

image is not available

Penawaran ini sekaligus memperlihatkan penawaran sokongan pengecasan yang lebih laju berbanding iPhone 15 sebelum ini. Pengguna juga boleh mengecas penuh peranti mereka dalam tempoh lebih singkat berbanding sebelum ini.

Apple menawarkan empat model dibawah iPhone 16, iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, dan juga iPhone 16 Pro Max. Kesemua model akan dijual di Malaysia bermula 20 September 2024, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang menawarkan peranti berkenaan.