iPhone 16 Pro Max Malaysia: Harga jualan lebih murah berbanding iPhone 15 Pro Max

LocalTechnology
10 Sep 2024 • 3:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple telah menyudahkan pembentangan It's Glowtime mereka. Antara produk yang mereka umumkan adalah siri iPhone 16 terbaharu. Untuk pasaran Malaysia, tempahan awal untuk miliki siri iPhone 16 dibuka 13 September ini.

image is not available

Buat anda yang berminat untuk memilikinya berikut adalah senarai harganya:

iPhone 16 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone 16 Pro

  • 128GB – RM4,999
  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM7,499

iPhone 16 Plus

  • 128GB – RM4,499
  • 256GB – RM4,999
  • 512GB – RM5,999

iPhone 16

  • 128GB – RM3,999
  • 256GB – RM4,499
  • 512GB – RM5,499

Merentasi varian, dilihat harga jualan iPhone 16 lebih murah berbanding iPhone 15. Ini senarai harga iPhone 15 untuk perbandingan:

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB RM6,499
  • 512GB RM7,499
  • 1TB RM8,499

iPhone 15 Pro

  • 128GB RM5,499
  • 256GB RM5,999
  • 512GB RM6,999
  • 1TB RM7,999

iPhone 15 Plus

  • 128GB RM4,899
  • 256GB RM5,399
  • 512GB RM6,399

iPhone 15

  • 128GB RM4,399
  • 256GB RM4,899
  • 512GB RM5,899

Perkara yang menarik tentang iPhone 16 Pro & 16 Pro Max

image is not available

Untuk iterasi kali ini, Apple memberikan paparan lebih besar pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Saiz skrin telah naik daripada 6.1" dan 6.7" kepada 6.3" dan 6.9" lantas menjadikan ini adalah iPhone paling besar setakat ini. Ia juga dikatakan Apple memiliki bingkai paparan paling nipis.

image is not available

Atas papan utama, iPhone 16 Pro diperkasa cip Apple A18 Pro terbaharu. Cip ini mengandungi 16 teras Neural Engine yang mampu bekerja pada tahap 35 TOPS. Padanya turut terkandung 6 teas GPU yang dikatkaan 20% lebih prestasi berbanding A17 Pro disamping keupayaan Ray Tracing 2 kali ganda lebih pantas.

image is not available

Di bahagian CPU, sebanyak 6 teras disusun dalam kluster berprestasi tinggi (2 teras) dan kluster jimat tenaga (4 teras). Pada segi prestasi CPU, ia 15% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga berbanding A17 Pro. Apple malah katakan A18 Pro ini adalah SoC terpantas dalam telefon pintar.

image is not available

Di bahagian kamera, iPhone 16 Pro ada 3 buah kamera belakang. Kamera utama adalah Fusion Camera 48MP diikuti kamera ultralebar 48MP dan akhir sekali kamera telefoto 12MP dengan 5x zum optikal mengguna pakai teknologi periskop. Rakaman video kali ini boleh pergi sehingga 4K 120fps untuk video slow-mo lebih berkualiti tinggi.

image is not available

Lain-lain perkara menarik adalah aplikasi Voice Memo telah dinaik taraf apabila andab oleh tambah satu lapisan audio lain di atas suara anda. Berguna untuk ahli muzik yang ingin lapiskan minus-one ke atas vokal. Kemudian, dengan kehadiran satu butang baharu iaitu Camera Control, aksesori MagSafe telah ditambah baik untuk menyokong butang tersebut.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max untuk maklumat lanjut.