iPhone 5s dan 6 Menerima Kemaskini iOS 12.5.8 Walaupun Sudah Berusia Lebih 12 Tahun

TechnologyDigital
28 Jan 2026 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kemas kini yang pantas dan menepati masa adalah antara sebab utama sesetengah pengguna memilih iPhone berbanding peranti Android. Semalam, Apple memberikan kemas kini iOS 12.5.8 untuk iPhone 5s dan iPhone 6 walaupun kedua-dua peranti sudah berusia lebih sedekad.

image is not available

iPhone‌ 5s dilancarkan pada September 2013 manakala ‌iPhone‌ 6 pula pada September 2014. Sokongan perisian jangka panjang ini amat menakjubkan kerana peranti Android hanya disokong sehingga 7 tahun sahaja. Kali terakhir kedua-dua peranti dikemaskini ialah pada Januari 2023

iOS 12.5.8 diberikan untuk mengemaskini sijil keselamatan yang diperlukan untuk menggunakan iMessage, FaceTime dan pengaktifan peranti. Jika anda tergolong dalam kumpulan kecil yang masih menggunakan dua model ini, sila kemas kini peranti dengan segera.