iPhone terkenal dengan amalan dilengkapi saiz memori yang kecil jika dibandingkan dengan Android. iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max tahun lalu dilengkapi 8GB sedangkan peranti kelas pertengahan Android ada yang dilengkapi 16GB RAM. Kini menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, bermula 2025 Apple akan akhirnya menawarkan iPhone dengan 12GB RAM.

Hanya iPhone 17 Pro Max sahaja akan dilengkapi 12GB RAM menurut beliau. Model lain iPhone 17 tahun depan akan hanya dilengkapi 8GB RAM. Kemampuan AI yang lebih tinggi dijadikan sebab mengapa 17 Pro Max sahaja dilengkapi jumlah RAM lebih besar. Apple juga dipercayai akan menggunakan kebuk penyejuk bahau dengan lapisan grafit pada model ini untuk penyejukan lebih baik. Model lain akan kekal dilengkapi sistem penyejukan lapisan grafit.
Dengan model Pro Max menyumbang kepada 40% jualan iPhone, penekanan akan diberikan kepada model ini kerana ia boleh menjana pendapatan lebih tinggi sungguhpun dijual pada harga yang lebih mahal.

