ZTE Blade A55 diumumkan secara rasminya di Malaysia. Ia dijual pada RM369 dengan pilihan memori 4GB RAM (+8GB Fusion RAM) dan storan dalaman 128GB. Ketersediaan pula melalui pengedar sah ZTE di Lazada dan Shopee.

ZTE Blade dilengkapi skrin LCD sebesar 6.75″ HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip lapan teras berkelajuan 1.6GHz digunakan untuk tunjang utama, selain terdapatnya ciri Live seumpama Dynamic Island dinamakan sebagai Live Island yang boleh menunjukkan pelbagai maklumat dalam masa nyata. Ia termasuk status bateri, pemasa, panggilan masuk, lampu suluh, pemain muzik dan perakam suara.
Peranti juga memuatkan bateri 5,000mAh bersama sistem imbasan cap jari sisi sebagai pelengkap. Kamera utamanya pula terdiri dengan 13MP + AI manakala gambar swafoto boleh diambil melalui kamera 8MP. Sebanyak tiga warna disediakan iaitu hitam, biru dan jingga.
