iPhone Kelak Akan Memaparkan Masa Diambil Untuk Pengecasan Penuh

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Percaya atau tidak iPhone sehingga hari ini apabila dicas, peranti tidak boleh memberitahu anda berapa lama masa akan diambil untuk dicas sehingga penuh. Pada peranti Android, ciri ini boleh dikatakan adalah satu perkara wajib. Majoriti peranti Android apabila dicas, akan memaparkan masa bila pengecasan selesai atau pemasa yang memaparkan proses pengecasan.

image is not available

Perkara ini akan berubah dalam iOS 18.2 kerana di dalamnya terdapat kod tersembunyi untuk ciri Battery Intelligence. Ia dikatakan akan memaparkan masa mengikut jumlah kuasa yang diterima iPhone. Pengguna turut kelak boleh mengaktifkan notifikasi yang boleh ditetapkan sendiri seperti memaklumkan berapa lama peranti mengambil masa untuk dicas sehingga 80%.

Buat masa ini, kod ini hanya tersembunyi di dalam iOS 18.2 dan tidak pasti sama ada Apple akan mengaktifkannya dalam versi beta sekarang atau iOS 18.3. Apa-apa pun, cukup menarik untuk melihat iPhone akhirnya menawarkan banyak ciri yang dipinjam dari Android.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved