Kos Menghasilkan iPhone 16 Pro Adalah 40% Lebih Mahal Berbanding Pixel 9 Pro

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya yakin sehingga hari ini pasti ramai yang masih tertanya, apakah kos menghasilkan sebuah iPhone atau peranti mercu Android lain sehingga ia boleh dijual pada harga ribuan ringgit. Adakah ia memang mahal atau murah? Terbaru, butiran kos menghasilkan iPhone 16 Pro dan Pixel 9 Pro telah didedahkan.

image is not available
Sumber gambar: iFixit

Walaupun Pixel 9 Pro sedap dipegang dalam tangan dan rasa lebih premium, tahukah anda yang kos menghasilkannya adalah lebih murah berbanding iPhone 16 Pro? Pixel 9 Pro menelan belanja komponen sebanyak $406 iaitu sekitar RM1,789. Kosnya adalah 11% lebih murah berbanding Pixel 8 Pro. Kos ini adalah untuk cip Tensor G4 yang berharga $80, skrin Samsung M14 yang berharga $75 dan komponen kamera yang berjumlah $61.

image is not available
Sumber gambar: iFixit

Untuk iPhone 16 Pro, kosnya 40% lebih mahal berbanding Pixel 9 Pro iaitu $568 sekitar RM2,504. Ini adalah untuk cip A18 Pro yang berharga $135, skrin pula $110 dan komponen kamera $91. Kos ini tidak termasuk dengan pemasangan, penghantaran, promosi, bungkusan dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, Pixel 9 Pro dijual pada harga bermula RM5199. Sementara iPhone 16 Pro pula bermula dari RM4,999. Ya, tahun ini harga jualan iPhone adalah lebih murah berbanding sebelumnya tetapi Pixel pula yang lebih mahal.