
IPKP Dinaikkan Daripada RM160 Kepada RM300 Sehektar - MoF
Kerajaan bersetuju untuk menaikkan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 daripada RM160 kepada RM300 sehektar.
Kenaikan tersebut melibatkan tambahan dana sekitar RM40 juta dan dijangka memanfaatkan hampir 200,000 pesawah padi, yang sebahagiannya bakal memulakan penanaman padi pada bulan ini.
Kementerian Kewangan (MoF) berkata Kerajaan MADANI pada tahun lalu juga telah memperkenalkan Insentif Penuaian sebanyak RM50 untuk sehektar semusim bagi meringankan beban kenaikan kos input.
Langkah penambahbaikan ini dilakukan susulan krisis tenaga global yang berlarutan akibat konflik di Asia Barat. Ia terus memberi tekanan kepada kos bahan api dan rantaian bekalan di seluruh dunia.
"Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI mengambil langkah segera untuk menambah baik bantuan kepada pengguna diesel bagi meringankan beban rakyat serta memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan lancar," katanya.




