BUDI Agri-Komoditi & BUDI Diesel Individu Dinaikkan Kepada RM400 Sebulan

LocalBusiness & Finance
14 Apr 2026 • 5:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

BUDI Agri-Komoditi & BUDI Diesel Individu Dinaikkan Kepada RM400 Sebulan

Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi April 2026.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan berkata bahawa bantuan itu akan disalurkan pada 21 April (Selasa ini).

Menurutnya, ini adalah kali kedua bantuan tersebut telah dinaikkan susulan krisis tenaga global yang berlarutan.

"BUDI Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil, dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan.

"BUDI Diesel Individu pula dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia, dengan dana tambahan sekitar RM15 juta sebulan," kata MoF.

Baca juga:

Tambah kenyataan itu lagi, MoF dijangka menanggung subsidi sekitar RM7 bilion untuk April 2026, termasuk dana tambahan RM75 juta, untuk ketiga-tiga ikhtiar bantuan diesel.

Penambahbaikan ini dilakukan dengan mengambil kira tekanan berterusan dalam pasaran tenaga global, khususnya gangguan bekalan petroleum di peringkat antarabangsa yang menyebabkan harga diesel bertapis meningkat ketara sehingga AS$250 setong.

Jumlah itu hampir tiga kali ganda berbanding sebelum konflik Asia Barat.