IPU Selangor kembali sederhana, Johan Setia turun kepada 97

LocalEnvironment
27 Aug 2026 • 9:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPU Selangor kembali sederhana, Johan Setia turun kepada 97

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kualiti udara di Selangor menunjukkan pemulihan apabila semua kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam kembali ke tahap sederhana hari ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia yang mencatat IPU tertinggi di Selangor semalam pada 161 turun kepada 97 hari ini, iaitu pengurangan 64 mata.

Shah Alam turut mencatat penurunan 64 mata daripada 158 kepada 94, manakala Banting berkurang daripada 151 kepada 77.

Bacaan di Klang pula turun daripada 135 kepada 77, sementara Petaling Jaya mencatat 83 berbanding 112 semalam.

Ini bermakna kelima-lima kawasan yang berada pada tahap tidak sihat semalam kini kembali dalam kategori sederhana, iaitu bacaan IPU antara 51 hingga 100.

Selain itu, Kuala Selangor merekodkan IPU 80 hari ini, turut berada pada tahap sederhana.

Di peringkat nasional, Seberang Perai, Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Johan Setia masing-masing merekodkan antara bacaan tertinggi dalam kategori sederhana pada 97.

Bagaimanapun, empat kawasan masih mencatat IPU tidak sihat hari ini, iaitu Samarahan, Sarawak dengan bacaan 164, diikuti IPD Serian (162), Sri Aman (155) dan Cheras, Kuala Lumpur (116).

Antara kawasan lain yang menghampiri tahap tidak sihat ialah Sungai Petani, Kedah dengan bacaan 96, Batu Muda, Kuala Lumpur (95) serta Tanjung Malim, Perak (94).

Semalam, lima lokasi di Selangor iaitu Johan Setia, Shah Alam, Banting, Klang dan Petaling Jaya merekodkan IPU melebihi 100 sekali gus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved