
PETALING JAYA – Indeks Pencemar Udara (IPU) di Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi 191 setakat pukul 10.15 pagi ini.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara, selain itu, Shah Alam merekodkan bacaan 180, Petaling Jaya dan Banting masing-masing dengan rekod 176, serta Klang (170).
Di Kuala Lumpur melibatkan Cheras (189) dan Batu Muda (177), selain Putrajaya yang mencatatkan bacaan 187, manakala Negeri Sembilan, Nilai 189, Seremban (180) dan Port Dickson (169).
Di Johor, bacaan tidak sihat turut direkodkan di Batu Pahat (188), Segamat (177), Pasir Gudang (174), Tangkak (169), Larkin (167), Pengerang (165), Kota Tinggi (164) dan Kluang (161).
Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan 175, manakala Alor Gajah (173) dan Bandaraya Melaka (174).
Sementara itu, di Pahang, Temerloh mencatatkan bacaan 169, diikuti Indera Mahkota, Kuantan (160), Jerantut (158), Rompin (159) dan Balok Baru, Kuantan (155).
Di Terengganu, Kemaman (155), Paka (156), dan Kuala Terengganu (125), manakala di Perak pula, Tanjung Malim merekodkan bacaan 154, Tasek Ipoh (152) dan Pegoh Ipoh (121).
Bagi Sabah, Tawau mencatatkan bacaan 155, sementara di Sarawak melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian dengan bacaan 152 dan Kuching (106). – KOSMO! ONLINE
The post IPU tertinggi di Johan Setia pagi ini appeared first on Kosmo Online.






