Iqbal Zulkefli Teman Siti Jamumall Buat Pemeriksaan Di Hospital, Tuan Badan Bersuara!

LocalFamily & Parenting
20 Jun 2025 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia iqbal Zulkefli Siti Jamumall

Personaliti media sosial dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli, mencuri perhatian selepas berkongsi video menemani pempengaruh Siti Jamumall menjalani pemeriksaan kandungan.

Menerusi TikTok, Iqbal menjelaskan tujuan perkongsian tersebut adalah bagi mengelakkan fitnah, memandangkan Siti masih dalam tempoh iddah selepas perpisahan dengan suaminya, Aiman.

Kehadiran saya ini tidak mahu dijadikan isu atau penyebab Aiman dan Siti bergaduh.

Harap Siti dan Aiman kembali bersatu demi anak-anak

@ahmadiqbalzulkefli

TEMAN @sitijamumall PERIKSA KESIHATAN BAYI. Alangkah baiknya kita saling menaikkan sesama kita, biar semua orang dapat kebaikan. Bagi saya, tiada salahnya kita saling tumpang andai semua pihak dapat kebaikan. Bisnes ni sama seperti kehidupan. Jangan sulitkan dan biar jelas. Dalam berkawan, kalau kita tidak jujur, jawapan itu akan sentiasa berubah-ubah. Akhirnya menyulitkan diri untuk cipta pen!pu@n. Jujur saja walaupun berat dan mungkin kita akan jadi tidak ramai kawan. Setuju?

♬ original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli – Ahmad Iqbal Zulkefli

Iqbal turut meluahkan harapan agar Siti dan Aiman dapat berdamai dan kembali bersama demi anak-anak mereka, meskipun akur jika tiada lagi jodoh antara kedua-duanya.

Saya kalau boleh, nak Siti kembali pada Aiman. Kalau tiada jodoh, berbaiklah demi anak.

“Biar semua dapat kebaikan” – Iqbal Zulkefli

image is not available

Dalam pada itu, Iqbal sempat berkongsi pandangan mengenai kehidupan dan perniagaan yang sepatutnya dilalui dengan kejujuran dan kejelasan.

Bisnes ini sama seperti kehidupan. Jangan sulitkan dan biar jelas.

Kalau dalam berkawan kita tak jujur, jawapan itu akan sentiasa berubah-ubah.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen memuji sopan santun dan keikhlasan Iqbal, malah ada yang berseloroh agar beliau berjodohan dengan Siti kerana nampak serasi bersama.

Pssttt! Kadang-kadang, keikhlasan dalam persahabatan lebih jelas dari kata-kata. Doakan yang baik, dan jangan cepat menjatuhkan hukum.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.