“Sampai termuntah” – Dato Vida Rawat Siti Jamumall Guna Ayat Al-Quran

Entertainment
19 Jun 2025 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyakit misteri ini boleh terkena kepada sesiapa sahaja, terbaru usahawan serta pempengaruh Siti Jamumall dikatakan terkena penyakit buatan orang.

Terbaru, Siti Jamumall dilihat bertemu dengan Dato Seri Vida (DSV) yang juga usahawan kosmetik itu, DSV dilihat membaca ayat suci Al-Quran untuk membantu Siti Jamumall.

Selepas DSV membaca potongan surah itu, Siti Jamumall dilihat termuntah sebelum DSV juga seakan mahu termuntah.

Menurut pengguna TikTok yang juga ibu kepada Siti Jamumall @norizanjaaffar, difahamkan DSV merawat Siti Jamumall dengan ikhlas.

Dalam hantaran yang berbeza, dilihat DSV membacakan doa buat Siti Jamumall agar terhindar dari penyakit mistik.

Rata-rata di ruangan komen tidak menyangka DSV mampu mengubati orang yang terkena penyakit sebegitu, ramai yang kagum dengan kebolehan usahawan kosmetik itu.

image is not available

Harap semuanya sihat sihat sahaja…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.