iQOO 13 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

TechnologyDigital
4 Dec 2024 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO melancarkan kemaskini telefon mercu keluarannya dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Elite secara rasminya di Malaysia pada Rabu. Melalui IQOO 13, pelbagai inovasi serta teknologi baharu diperkenalkan pengeluar berkenaan lalu membuktikan komitmennya dalam menyediakan pilihan terbaik buat pengguna setia.

image is not available

image is not available

Tarikan utama pada telefon pintar ini adalah cip pemprosesan berkuasa Snapdragon 8 Elite yang secara ketara mampu meningkatkan prestasi secara menyeluruh. Selain itu mempunyai paparan terbaik yang menggabungkan pelbagai teknologi seperti skrin besar 6.82-inci, panel sejenis AMOLED, resolusi tinggi 3168 × 1440 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Selain itu mempunyai ciri tambahan lain yang termasuk kecerahan puncak 4800nit dan gamut warna DCI-P3 100%.

image is not available

image is not available

Satu lagi perkara menarik mengenai telefon pintar adalah Sistem RGB yang menyokong sehingga 72 jenis pencahayaan yang memberi tindak balas terhadap situasi seperti main balik audio dan status pengecasan. Selain itu sistem tri-sensor 50MP untuk keupayaan lebar, ultra-lebar dan telefoto dengan OIS.

image is not available

Terdapat juga kamera swafoto 32MP dengan auto fokus yang diletakkan dalam lubang kecil di bahagian panel hadapan. Bateri karbon silikon 6150mAh yang digunakan pula boleh dicas semula melalui sistem pengecasan pantas 120W dan port USB-C. Peranti juga mempunyai sistem audio stereo dan pelindungan kalis air IP69.

Harga jualan rasmi bermula bermula RM3,499 (12/256GB) dan RM3,699 (16/512GB) dengan pilihan warna Legend dan Black. Sebarang pembelian IQOO 13 turut diberikan hadiah eksklusif bernilai RM1,410 berupa fon telinga IQOO TWS 1e dan jaminan tambahan sehingga dua tahun untuk masa terhad.