
iQOO 15 dilancarkan di China dengan spesifikasi berkelas mercu termasuk cip Snapdragon 8 Gen 5 Elite dan bateri 7000mAh. Gabungan ini menjadikannya pilihan seimbang untuk kegunaan harian dan permua.

IQOO 15 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia sekitar Disember 2025 dengan spesifikasi yang dijangka sama seperti model di China. Untuk pengalaman permua yang lebih imersif, iQOO bekerjasama dengan Honkai: Star Rail dan Delta Action bagi menawarkan kesan pencahayaan dan haptik tersuai.

Peranti ini turut hadir dengan ciri-ciri eksklusif hasil kerjasama bersama Honor of Kings termasuk ‘Match Review’ dan ‘Highlight Auto Recording’ bagi meningkatkan pengalaman permainan. Selain itu, IQOO 15 merupakan peranti pertama iQOO yang dijana oleh OriginOS 6 dengan jaminan penggunaan yang lancar sehingga lima tahun.
Nantikan pelancarannya di Malaysia hujung tahun ini untuk maklumat lanjut termasuk harga jualan rasmi.


