iQOO Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu – Mungkin iQOO Z7?

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iQoo Malaysia hari ini telah mengacah kehadiran peranti baharu sebagai peranti kedua mereka selepas iQOO 11. Peranti ini dikatakan adalah iQOO Z7, yang akan dilancarkan di China tidak lama lagi.

image is not available

Tetapi peranti apakah iQoo Z7 ini? Berdasarkan poster promosi iQoo di China, Z7 adalah peranti kelas pertengahan baharu mereka. Terdapat dua peranti iaitu Z7 dan Z7x yang memfokuskan kepada pengecasan pantas 120W dan 80W.

image is not available

Masih tidak banyak informasi mengenai dua peranti ini, tetapi kedua-dua dilihat menggunakan rekaan sama dengan modul kamera gergasi dengan lensa kamera yang tebal. Mengikut khabar angin, iQoo Z7 akan dijana cip Snapdragon 695 dan Z7x pula dengan cip Snapdragon 782G.

image is not available

Perkara lain yang iQoo China sahkan adalah skrin peranti akan menyokong kadar segar semula 120Hz dan peranti akan mempunyai sistem penyejukan yang boleh memastikan peranti mencapai suhu 15 darjah ketika tugasan berat dijalankan.

Sama-sama kita nantikan penawaran siri iQoo Z7 di Malaysia nanti.