Ira Kazar tak minat berlakon, tunjuk bakat nyanyi lagu Madah Berhelah

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 7:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar tak minat berlakon apabila diusik oleh pelakon Zarina Zainuddin ketika hadir bersama dalam sesi fotografi mempromosikan koleksi tudung terbaharu milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Ketika diusik Zarina, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin memberitahu bakatnya lebih ke arah bidang nyanyian, bukannya lakonan seperti bapanya iaitu Kazar Saisi.

“Tak kot (berlakon). Lebih nak menyanyi. Boleh nyanyi sikit,” ujarnya.

image is not available

Ira Kazar tak minat berlakon

Dalam video yang sama, Ira juga dilihat sempat menunjukkan bakat nyanyian dengan menyanyikan lagu berjudul Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain.

Turut nyanyi bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan pelakon Zarina Zainuddin.

image is not available

Semoga Ira terus kuat

Sementara itu, Zarina Zainuddin meninggalkan kata-kata semangat buat Ira Kazar selepas kes perceraiannya bersama suami dilaporkan bakal berlangsung pada Selasa depan.

image is not available

Terdahulu, Ira dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya selepas pengarah popular, Syamsul Yusof memfailkan perceraian terhadap Ira berikutan tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

image is not available

Terdahulu, Syamsul dan Ira menggemparkan industri hiburan apabila mereka berkahwin di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Sumber: Instagram zarinazainuddin_