Iran Beri Maklum Balas Lepas Trump Keluarkan Kenyataan

WorldPolitics
4 Aug 2026 • 12:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Harapan untuk melihat konflik di Asia Barat berakhir kembali muncul. Namun, kenyataan bercanggah daripada Amerika Syarikat dan Iran membuatkan situasi semakin sukar dijangka.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ni dakwa rundingan AS-Iran sedang berlangsung dan menyifatkannya sebagai “peluang terakhir” untuk Tehran mencapai perjanjian. Iran pula menegaskan tiada rundingan dengan Washington sedang diadakan atau dirancang.

Dua kenyataan berbeza daripada Iran dan AS

iran

Menurut Trump, perbincangan tersebut diadakan atas permintaan Iran bersama beberapa negara Teluk termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.

Beliau menggesa Tehran memanfaatkan peluang itu untuk menandatangani apa yang disifatkannya sebagai “dokumen yang baik” bagi menamatkan konflik yang sudah berlarutan selama lima bulan.

Kami sedang bercakap sekarang. Ini peluang terakhir bagi mereka untuk menandatangani perjanjian yang baik.- Katanya.

Iran tegaskan tiada rundingan

iran

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Beliau menegaskan tiada rundingan dengan AS sedang berlangsung dan tiada pertemuan dijadualkan.

Menurutnya, perbincangan yang sedang dilakukan hanyalah bersama Oman berhubung pengurusan Selat Hormuz. Seorang sumber kanan Iran turut dilaporkan berkata tiada rundingan dirancang dalam beberapa hari akan datang.

Konflik melibatkan AS, Israel dan Iran yang bermula pada penghujung Februari lalu masih mencetuskan ketegangan di rantau Asia Barat. Selagi kedua-dua pihak terus memberikan gambaran berbeza, masa depan rundingan AS-Iran nampaknya masih penuh tanda tanya.

The post Iran Beri Maklum Balas Lepas Trump Keluarkan Kenyataan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved