Trump beri peluang terakhir kepada Iran sebelum dihancurkan

WorldPolitics
4 Aug 2026 • 12:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump beri peluang terakhir kepada Iran sebelum dihancurkan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Isnin bahawa rundingan dengan Iran masih berlangsung walaupun dinafikan oleh Teheran dan menyatakan Republik Islam itu sedang berdepan dengan peluang terakhir sebelum dihancurkan

Trump, ketika bercakap kepada pemberita di Rumah Putih berkata, beliau bersetuju untuk meneruskan rundingan dengan Iran atas permintaan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan beberapa negara lain.

Kementerian Luar Iran pada Isnin menafikan bahawa rundingan dengan Washington sedang berlangsung tetapi Trump tetap menegaskan sebaliknya.

“Kami sedang berbincang sekarang,” katanya.

“Ini peluang terakhir untuk mereka menandatangani satu dokumen yang baik.

“Saya mahu memberi mereka setiap peluang terakhir sebelum dihancurkan,” tambahnya.

Rundingan itu tertumpu kepada pembukaan semula Selat Hormuz, yang menurut Trump boleh berlaku seawal esok dan pelucutan program nuklear Iran tetapi katanya mungkin mengambil sedikit masa.

Washington dan Teheran telah berperang sejak 28 Februari, apabila AS  dan Israel melancarkan serangan mengejut terhadap Iran, walaupun beberapa bulan diplomasi yang turun naik telah mewujudkan tempoh ketenangan relatif.

Lebih lima bulan kemudian, Iran masih berupaya melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah sasaran AS serta sekutunya di rantau itu, selain masih mengekalkan simpanan uranium yang diperkaya. – AFP/AGENSI

The post Trump beri peluang terakhir kepada Iran sebelum dihancurkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved