Iran Kecam Siri Baharu Sekatan AS Sebagai 'Keganasan Ekonomi'

WorldPolitics
21 Aug 2026 • 8:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Iran Kecam Siri Baharu Sekatan AS Sebagai 'Keganasan Ekonomi'

ISTANBUL, 21 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Tehran pada Khamis mengecam siri baharu sekatan ekonomi dan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan terhadap Iran, dengan menyifatkannya sebagai “keganasan ekonomi”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan, Kementerian Luar Iran menyifatkan sekatan itu sebagai “kesinambungan 73 tahun tindakan memusuhi dan kebencian ahli politik Amerika terhadap rakyat Iran.”

“Sekatan ekonomi AS terhadap Iran yang menyasarkan hak asasi manusia rakyat Iran merupakan keganasan ekonomi dan jenayah terhadap kemanusiaan,” menurut kementerian itu.

Baca juga:

Kementerian itu berkata mereka yang merangka dan melaksanakan langkah sedemikian “wajar didakwa dan dihukum kerana melakukan jenayah keji itu.”

Menurut kementerian berkenaan, sekatan baharu itu dikenakan susulan apa yang disifatkannya sebagai dua “perang Amerika-Zionis terhadap Iran” serta kegagalan Washington selepas itu untuk memaksa rakyat Iran tunduk kepada “tuntutan yang tidak sah dan tidak berperikemanusiaan.”

Ia turut menyifatkan tekanan ekonomi AS sebagai “sisi lain daripada perang”, sambil berkata kebergantungan Washington kepada kedua-dua taktik itu menimbulkan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan global.

Iran kekal “teguh dan bertekad” mempertahankan kepentingan nasionalnya daripada tekanan ketenteraan, ekonomi, politik dan psikologi AS, menurut kenyataan itu.

Pada Rabu, Presiden AS Donald Trump mengumumkan hasrat untuk melancarkan apa yang disifatkannya sebagai “operasi ekonomi paling dahsyat pernah diambil terhadap mana-mana negara,” dengan menyifatkan kempen tekanan maksimum terhadap Iran sebagai “Peperangan Ekonomi dan Pengasingan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Beliau berikrar memutuskan saluran kewangan yang menyokong Tehran, sambil memberi amaran bahawa negara yang menyediakan “talian hayat” ekonomi kepada Iran menerusi institusi kewangan, perniagaan, lapangan terbang atau entiti kerajaan akan berdepan akibat ekonomi yang serius.

Trump yang menyifatkan kempen itu sebagai “Economic D-Day” turut menggesa sekutu Washington menyertai usaha terbaharunya untuk melumpuhkan Tehran dari segi kewangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved