Iran terima jenazah anggota IRGC maut dalam serangan AS-Arab Saudi di Iraq

WorldPolitics
31 Jul 2026 • 4:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran terima jenazah anggota IRGC maut dalam serangan AS-Arab Saudi di Iraq

TEHERAN: Media kerajaan Iran pada Jumaat melaporkan jenazah lima anggota Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang terbunuh dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi di Iraq minggu ini sudah dibawa pulang ke negara itu.

AS dan Arab Saudi pada Rabu memaklumkan mereka melancarkan serangan ke atas kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Iraq sebagai tindak balas terhadap siri serangan terbaharu ke atas kerajaan Teluk itu.

Serangan itu menyasarkan kedudukan Hashed al-Shaabi, iaitu gabungan kumpulan bersenjata Iraq yang merangkumi beberapa kumpulan pro-Iran yang berpengaruh, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 anggota kumpulan itu termasuk lima rakyat Iran.

“Jenazah lima anggota IRGC yang terbunuh dalam serangan terbaharu AS-Arab Saudi di Iraq dibawa masuk ke negara ini melalui pintu sempadan Mehran, di wilayah Ilam di barat Iran,” lapor agensi berita rasmi IRNA.

Pasukan Quds di bawah IRGC bertanggungjawab menyelia operasi Iran di luar negara dan anggota IRGC yang terbunuh di luar Iran lazimnya mempunyai kaitan dengan unit berkenaan.

Pada 2020, AS membunuh komander Pasukan Quds, Qasem Soleimani dalam satu serangan udara di Baghdad, yang turut mengorbankan timbalan ketua Hashed al-Shaabi, Abu Mahdi al-Muhandis.-AFP

The post Iran terima jenazah anggota IRGC maut dalam serangan AS-Arab Saudi di Iraq appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved