Iran serang dua kapal tangki minyak

31 Jul 2026 • 8:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran serang dua kapal tangki minyak

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Jumaat berkata, mereka telah menyerang dua kapal tangki minyak yang cuba melalui Selat Hormuz yang strategik di bawah iringan udara tentera Amerika Syarikat (AS).

IRGC berkata, kapal-kapal tangki minyak yang tidak mematuhi arahan telah diserang dan dipaksa berhenti.

Sebanyak empat lagi kapal tangki minyak segera menukar haluan dan kembali ke kedudukan asal masing-masing.

Menurut IRGC, kapal-kapal tangki itu cuba melalui selat berkenaan menggunakan laluan yang tidak diisytiharkan.

Ia merupakan  laluan alternatif yang disokong AS berbanding laluan rasmi yang ditetapkan Teheran berhampiran pesisir pantainya.

Iran mengekalkan kawalan terhadap pelayaran di Selat Hormuz sejak tercetusnya perang pada 28 Februari, dengan mewajibkan kapal mendapatkan kebenaran dan membayar fi transit sebelum menggunakan laluan perairan itu.

Pada Khamis, IRGC berkata, dua kapal tangki minyak yang cuba merentasi Selat Hormuz telah berpatah balik selepas salah sebuah daripadanya terbakar. – AFP

 

The post Iran serang dua kapal tangki minyak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved