Isa Isarb Dikecam Lagi! Buat Content Lelaki Perempuan Tinggal Dan Tidur Serumah

18 May 2024 • 9:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
isa isarb

Apa lagi ni Isa Isarb? Youtuber yang cukup terkenal dengan pelbagai content kontroversi sekali lagi dikritik apabila salah satu video penggambaran content mereka tersebar.

Video itu tersebar di aplikasi X yang menimbulkan persoalan seperti motif dan manfaat content tersebut dirakam.

Apa yang Ohmedia faham, Isa Isarb sebelum ini ada mencari beberapa orang peserta yang akan tinggal di dalam sebuah banglo besar selama 77 hari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Ala, macam reality show orang putih tu…

Sepanjang tempoh itu juga, akan berlaku penyingkiran ‘peserta’ pada setiap episod mengikut undian penonton.

Netizen kritik lelaki perempuan tinggal dalam satu rumah…

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengkritik idea content tersebut kerana peserta lelaki dan perempuan hanya berasingan ketika waktu tidur dan selain daripada itu mereka bergaul bebas di dalam rumah terbabit.

Berdasarkan beberapa episod yang telah dimuat naik, boleh dilihat beberapa katil double decker ditempatkan di dalam kediaman tersebut untuk ‘dorm’ lelaki.

Bukan itu sahaja, pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan di situ juga turut mengundang kecaman warganet dan menimbulkan kerisauan sehingga ada yang mempersoal ibu bapa mereka yang memberi keizinan.

image is not available

image is not available

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.