Isa Khan minta wanita tutup aurat, pakai stoking ketika tarawih – “Nak buat pahala tapi jadi dosa sia-sia”

27 Feb 2026 • 12:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Isa Khan menegur segelintir wanita Islam agar lebih peka terhadap penjagaan aurat ketika menghadiri solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid sepanjang Ramadan.

Pakai stoking tutup aurat

image is not available

Menurutnya, dia melihat ramai wanita hadir ke masjid untuk berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih, namun tidak menutup aurat dengan sempurna termasuk tidak memakai stoking.

image is not available

“Banyak wanita Islam di Malaysia yang pergi ke masjid pada bulan Ramadan ni untuk iftar dan tarawih, tapi tak pakai stoking. Kaki perempuan tu aurat, takkan tak tahu?” ciapannya, hari ini.

Isa turut mengingatkan bahawa tujuan ke masjid adalah untuk menambah pahala, justeru soal pematuhan syariat tidak seharusnya dipandang ringan.

image is not available

“Sebab tu agama perintahkan kaum wanita ni lebih baik solat dekat rumah je kalau tak mampu nak jaga aurat dengan sempurna, dari nak buat pahala kat masjid akhirnya hanya menjadi dosa yang sia-sia,” ujarnya lagi.

Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang bersetuju bahawa isu aurat perlu dititikberatkan, manakala sebahagian lain berpendapat pendekatan nasihat wajar disampaikan secara berhikmah.

Jangan sibuk tengok kaki wanita

image is not available

Terima kasih nasihat

image is not available

Kita hanya hamba

image is not available

Artikel lain: Jamilah? Trend yang memalukan! Jatuh maruah umat Islam – Isa Khan

Untuk info, dalam Islam, aurat wanita ketika solat merangkumi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan, dan pemakaiannya perlu menutup dengan sempurna termasuk bahagian kaki.

Sumber: Threads theisakhan