“Jangan Lupa Pesan Kat Bini Dan Adik Ipar” – Tegur Wanita Ke Masjid Tak Pakai Stoking, Netizen Sindir Isa Khan 

EntertainmentLifestyle
27 Feb 2026 • 1:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama selebriti Isa Khan menjadi bualan hangat apabila satu perkongsiannya mengenai isu aurat wanita di masjid mengundang pelbagai reaksi netizen.

BACA: Risteena Kongsi Momen Berjauhan Dengan Suami Masa Tunai Umrah, Sampai Jatuh Sakit

Hantaran tersebut dibuat ketika bulan Ramadan, menyentuh soal wanita Islam yang hadir ke masjid untuk iftar dan solat tarawih tetapi tidak memakai stoking.

“Kaki perempuan tu aurat, takkan tak tahu?” – Isa Khan

Tegas Isa, kaki wanita adalah aurat dan menasihati wanita supaya solat di rumah sahaja jika tak mampu menjaga aurat dengan sempurna.

image is not available

Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen. Ramai netizen berpendapat teguran boleh dibuat, namun cara penyampaian perlu lebih berhikmah dan tidak bersifat umum atau menghukum.

Your wife malam tadi live TT, elok je berdogoi kepala tak ada alas tutup rambut. Rambut jugak adalah aurat bagi wanita.

Seorang lagi menulis:

Maaf kalau kata-kata ni sedikit menyakitkan. Sebelum nak tegur orang lain sebaik-baiknya tegur bini dahulu..

Malah ada yang menyindir:

Tepat. Tapi bang jangan lupa pesan kat bini dan adik ipar yang malas sebut. K bye

Tidak kurang juga yang mengingatkan bahawa berdakwah ada caranya dan tidak wajar terus melabel ibadah orang lain sebagai sia-sia.

Pssttt! Tegur-menegur dalam agama memang digalakkan, tetapi cara penyampaian sangat penting supaya mesej sampai tanpa menimbulkan salah faham. Media sosial bukan medan untuk saling menjatuhkan, sebaliknya ruang untuk saling memperbaiki dengan hikmah.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Jangan Lupa Pesan Kat Bini Dan Adik Ipar” – Tegur Wanita Ke Masjid Tak Pakai Stoking, Netizen Sindir Isa Khan  appeared first on Oh! Media.