IShowSpeed Ditawar RM84 Juta Untuk Lawan Jake Paul?

EntertainmentSports
20 Nov 2024 • 2:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
IShowSpeed Jake Paul

Youtuber terkenal, IShowSpeed kini menjadi bualan hangat selepas dirinya mencabar Jake Paul. 

Menurut laporan Berita Harian, IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Watkins mendakwa dia hanya perlukan enam bulan latihan saja untuk menewaskan Jake Paul di gelanggang tinju.

Sekiranya saya mempunyai enam bulan, saya boleh menewaskan mana-mana ‘raksasa’ di dunia ini, termasuk Jake Paul.

Saya rasa seperti saya boleh menewaskan Jake Paul dalam pertarungan. Saya menghormati etika kerjanya tetapi apabila saya menontonnya dalam gelanggang, dia tampak tidak begitu lancar. Saya rasa saya boleh menewaskannya. Apabila kamu melihatnya (pertarungan), kamu boleh lihat kelemahannya.

IShowSpeed cabar Jake Paul, pengurus Paul tawar RM84 juta!

image is not available

Terbaru! Pengurus Jake Paul iaitu Nakisa Bidarian tampil memberi respon mengenai komen IShowSpeed menerusi satu hantaran di Instagram dan menawarkan tawaran yang cukup lumayan.

Tenang. Saya ada AS$10 juta (RM44.7 juta) untuk dia sekarang. Tandatangan minggu ini. Jika dia menang, dia dapat bonus AS$10 juta lagi. Turunkan tandatangan kamu.

Tawaran tersebut bernilai sebanyak AS$20 juta (RM89.4 juta) dan jumlah itu sama seperti yang Mike Tyson dapat ketika bertarung dengan Paul minggu lepas.

“Speed main-main je” – Jake Paul

image is not available

Jake Paul yang sibuk mencari lawan baru selepas menang dengan Mike Tyson tidak melepaskan peluang untuk membalas kenyataan Speed. 

Speed lebih tahu. Orang saya pasti hanya main-main.

Walau bagaimanapun, masih belum ada tanda-tanda Speed akan menyahut tawaran lumayan itu. 

Korang rasa ia sekadar kenyataan panas di media sosial atau mereka benar-benar bakal bertarungan nanti?

#OhmediaNasihat

Berani mencabar sesuatu memang bagus, tapi kena pastikan kita betul-betul bersedia untuk hadapi risiko. Jangan pula hanya sekadar “cakap besar” untuk tarik perhatian. Dalam apa jua cabaran, buktikan dengan tindakan, bukan hanya kata-kata.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian