Ismail, barisan Exco menghadap Tuanku Nadzaruddin esok

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ismail, barisan Exco menghadap Tuanku Nadzaruddin esok

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan menghadap Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dalam Majlis Menghadap Sembah Takzim, di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, di sini, esok.

Pertemuan pada pukul 9 pagi itu diadakan bagi sesi suai kenal dan mengeratkan silaturahim antara Menteri Besar serta barisan Exco dengan Tuanku Nadzaruddin.

Turut dijangka hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong.

Majlis berkenaan dijadual berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga, Seremban. -KOSMO! ONLINE

The post Ismail, barisan Exco menghadap Tuanku Nadzaruddin esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved