Ismail menghadap Tuanku Muhriz lebih sejam

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 8:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ismail menghadap Tuanku Muhriz lebih sejam

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini, petang ini.

Ismail difahamkan tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 5 petang sebelum pertemuan bersama Tuanku Muhriz berlangsung lebih sejam.

Perkembangan itu menyusul selepas pengumuman peletakan jawatan beliau menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Kira-kira pukul 6.30 petang, kenderaan yang membawa Tuanku Muhriz dilihat meninggalkan Istana Hinggap menerusi pintu utama.

Bagaimanapun, kenderaan yang dipercayai dinaiki Ismail difahamkan keluar melalui pintu belakang istana dan tidak sempat dirakam pihak media yang menunggu di lokasi. – KOSMO! ONLINE

 

The post Ismail menghadap Tuanku Muhriz lebih sejam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved