
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini petang tadi.
Bagaimanapun, difahamkan Ismail memasuki perkarangan istana berkenaan sekitar pukul 5 petang manakala perjumpaan tersebut berlangsung lebih sejam.
Difahamkan, Ismail tiba di istana berkenaan kira-kira jam 5 petang dan pertemuan dengan Tuanku Muhriz berlangsung lebih sejam.
Sekitar pukul 6.30 petang, kenderaan yang membawa Tuanku Muhriz dilihat meninggalkan perkarangan istana berkenaan, manakala kenderaan yang membawa Ismail keluar menerusi pintu belakang.
Sebelum ini, timbul desas-desus Ismail akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan kedudukan itu bakal digantikan dengan calon lain.
Bagaimanapun, Ismail dilaporkan menafikan perkara tersebut dan memaklumkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlangsung seperti yang dijadualkan.
Namun, Barisan Nasional (BN) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi mengesahkan pihaknya menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail.
Zambry dilaporkan berkata, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menerima salinan surat berkenaan.
Bagaimanapun, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan pagi ini menjelaskan pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan yang menurut Zambry telah ditandatangani Ismail.
Azizi berkata, pada pukul 8.38 malam, Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menyampaikan perkenan Tuanku Muhriz kepada Ismail menerusi aplikasi WhatsApp untuk menghadap seperti yang dipohon Menteri Besar itu.
Menurutnya, Ismail telah mengakui menerima makluman berkenaan dan sesi menghadap ditetapkan pada pukul 10 pagi Jumaat ini. – UTUSAN
The post Ismail menghadap Tuanku Muhriz petang tadi appeared first on Utusan Malaysia.






