Ismail Sabri Bakal Hadir Ke Mahkamah Sesyen Esok Berhubung Kes Berkaitan Pengisytiharan Harta

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung satu kes yang dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad, ketika dihubungi hari ini.

Pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibuat di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bagaimanapun, setakat ini, butiran lanjut mengenai pertuduhan yang bakal dikenakan masih belum diketahui.

Sebelum ini ditangguhkan

Ismail Sabri

Terdahulu, prosiding terhadap Ismail Sabri yang sepatutnya berlangsung pada 7 Ogos lalu ditangguhkan ke 27 Ogos.

Hakim Suzana menetapkan tarikh baharu itu selepas Amer Hamzah memohon penangguhan kerana anak guamnya berada di Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor kesihatan.

Mahkamah benarkan prosiding ini untuk pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan OKT (Orang Kena Tuduh) ditangguhkan ke 27 Ogos.

Ismail Sabri pernah dipanggil SPRM beberapa kali

ismail sabri

Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil bagi sesi rakaman percakapan berkaitan pengisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM turut menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Dalam perkembangan berkaitan siasatan tersebut, SPRM dilaporkan merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat”.

Siasatan berkenaan turut melibatkan empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Nota Oh! Media:
Apa juga pertuduhan yang bakal dibacakan di mahkamah, kita serahkan prosesnya kepada sistem perundangan. Jangan membuat kesimpulan awal sebelum prosiding dan fakta kes dibentangkan di mahkamah.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Ismail Sabri Bakal Hadir Ke Mahkamah Sesyen Esok Berhubung Kes Berkaitan Pengisytiharan Harta appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved