Isnin sedia pertahan kerusi sekiranya masih diperlukan

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Isnin Aliasnih bersedia mempertahankan semula kerusi Dun itu jika masih diperlukan pada pilihan raya negeri (PRN17) akan datang.

Beliau yang juga Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Klias berkata, Klias adalah antara kubu terkuat PGRS dan pihaknya akan pastikan ia kekal milik parti itu selepas PRN17.

“Selagi diperlukan (sebagai calon PGRS pada PRN17), saya akan pertahankan (kerusi Klias),” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Agung PGRS Bahagian Klias yang dirasmikan Naib Presiden PGRS, Datuk Dr. Ariffin Arif, di sini pada Sabtu.

Isnin berkata demikian ketika ditanya sama ada akan terus mengisi kerusi Klias pada PRN17 susulan kehendak pengundi yang mahu beliau kekal di kawasan tersebut.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Hadir sama Ketua PGRS Bahagian Kuala Penyu, Datuk Limus Jury, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Azizah Mohd Dun.

Isnin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PGRS berkata, PGRS Bahagian Klias kini mempunyai lebih 5,000 ahli daripada 91 cawangan berdaftar dan jumlah itu semakin bertambah saban hari.

Katanya, semua ahlinya juga adalah pengundi Dun Klias, sekaligus mengelak berlaku percampuran ahli yang juga pengundi dari kawasan lain kerana hanya akan mengusutkan situasi semasa PRN17 kelak.

“Selain itu, saya yakin Klias kekal milik PGRS selepas PRN17 kerana kita sudah melaksanakan persediaan jitu jentera parti di semua peringkat termasuk cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM).

“Bilik Gerakan atau ‘War Room’ juga telah saya arahkan bersedia bagi menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa, selain kerja jitu cawangan parti untuk terus menambah ahli parti ini setiap masa” tegasnya.

Dalam pada itu, Isnin mengulangi pendiriannya bahawa PGRS bersedia bertanding di Parlimen Beaufort pada pilihanraya umum (PRU16) akan datang termasuk di Parlimen Sipitang dan Kimanis.

Sebagai Pengerusi GRS Zon Pedalaman Bawah, beliau menegaskan PGRS wajar bertanding di ketiga-tiga kerusi itu dan yakin memenanginya pada PRU17 akan datang sekiranya mendapat izin pucuk pimpinan.

“Kalau (pucuk pimpinan) GRS arah, kita bersedia (tanding Parlimen Beaufort, Sipitang dan Kimanis) kerana saya sebagai Pengerusi Zon (GRS) di kawasan ini, tapi sekiranya ada perundingan (dengan rakan parti lain), semuanya (keputusan) kita akur,” tegasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.