
LAHAD DATU: Rakyat diharap terus beri sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sentiasa mengutamakan pembangunan dan kesejahteraan negeri serta rakyat.
Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, kemajuan dan keharmonian sesebuah negeri memerlukan usaha berterusan serta misi yang jelas, dan inilah yang ditonjolkan oleh kerajaan GRS melalui Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Katanya, hala tuju pembangunan SMJ ini tidak hanya menjadi panduan kerajaan negeri, tetapi menjadi aspirasi rakyat untuk hidup dalam sebuah negeri yang membangun.
“Justeru itu, kita berharap agar negeri Sabah terus diterajui oleh GRS yang mana kepimpinan dalam gabungan ini diwakili oleh parti tempatan demi pembangunan berterusan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Menurut Mizma, dalam usaha membangun negeri, kerajaan GRS juga sentiasa memastikan segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dirasai oleh semua golongan masyarakat.
Katanya, GRS sentiasa memastikan wujudnya kesamarataan dalam kepimpinannya agar tiada golongan atau kawasan terpinggir dalam pembangunan.
Jelasnya, kerajaan negeri juga sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan keharmonian negeri sentiasa berada di tahap terbaik.
“Justeru itu, kita di peringkat akar umbi juga perlu sentiasa berusaha memperkukuhkan kesatuan kita dan berkhidmat sama rata untuk semua, tanpa mengira agama dan bangsa di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Mizma ketika ditemui turut menzahirkan sokongan penuh dari PGRS Bahagian Silam terhadap sebarang keputusan mengenai gabungan atau kerjasama yang dibuat oleh Presiden parti.
Katanya, mereka yakin bahawa semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pucuk pimpinan adalah demi kebaikan negeri Sabah dan rakyat.
Terdahulu, Ketua PGRS Bahagian Segama, Ir. Rajesh Yusof berkata, sokongan rakyat terhadap PGRS di kawasan Segama semakin meningkat.
Katanya, rakyat di kawasan ini dapat melihat usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membela nasib mereka termasuk usaha menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik.
“Kita menerima permohonan baharu dan juga pertanyaan dari masyarakat mengenai hala tuju parti.
“Ini menunjukkan mereka yakin PGRS merupakan tunjang kepada GRS mampu membangun negeri dan membela nasib rakyat,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
