Israel bedil selatan Lubnan, kediaman rosak teruk

WorldPolitics
22 Aug 2026 • 3:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Israel bedil selatan Lubnan, kediaman rosak teruk

ISTANBUL, 22 OGOS: Tentera Israel melancarkan bedilan artileri berat, letupan dan tembakan mesingan di beberapa kawasan di selatan Lubnan pada malam Jumaat hingga awal Sabtu, lapor Anadolu Ajansi memetik media kerajaan Lubnan.

Bedilan artileri berat Israel menyasarkan bandar Mansouri, kawasan sekitar Bayt al-Sayyad dan pinggir Majdal Zoun pada awal Sabtu, menurut Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

Tentera Israel turut melancarkan letupan besar-besaran pada malam Jumaat di Mansouri, Majdal Zoun dan Bayt al-Sayyad, menurut agensi itu.

NNA melaporkan kediaman di Bayt al-Sayyad mengalami kemusnahan teruk, dengan tiada sebuah rumah pun di bandar itu yang tidak mengalami kerosakan.

Letupan serupa turut dilaporkan di bandar Hadatha, Beit Yahoun dan Aita al-Jabal, manakala tembakan mesingan turut dilepaskan ke arah lembah berhampiran.

Dron Israel juga terus berlegar di ruang udara perkampungan dan bandar di sektor barat serta tengah selatan Lubnan, menurut agensi itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved