Istana Budaya Anjur Konsert Sounds Of Malaysia Pada 10 November Ini

7 Nov 2023 • 3:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Istana Budaya bakal mengadakan konsert Sound Of Malaysia, anjuran bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan Konservatori Muzik Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam pada 10 November ini.

Difahamkan, Konsert Sounds Of Malaysia diadakan bagi mempergiatkan pendedahan muzik tradisional kepada generasi muda khususnya kepada warga kampus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

image is not available

Apa yang lebih menarik, konsert tersebut akan menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haziq Rosebi dan Dhiya Suhaili.

Malah, program mentor-mentee disediakan dalam pengisian tiga bengkel iaitu Bengkel Gamelan dan Bengkel Caklempong pada 9 November 2023 serta satu sesi Masterclass: Instrumentasi dan Artistik Persembahan pada 10 November 2023.

image is not available

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Sounds of Malaysia bermula jam 8:45 malam bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Tiket persembahan telah mula dijual dengan harga serendah RM55 dan penjualan tiket Sounds of Malaysia hanya boleh didapati di portal https://www.excitix.com.my/.

image is not available

Untuk maklumat terperinci awam boleh melayari portal serta di setiap platfom media sosial Istana Budaya dan CCA Conservatory of Music UiTM.