Istana Hinggap jadi tumpuan media

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Istana Hinggap jadi tumpuan media
Ahmad Zahid berada dalam Istana Hinggap bagi menghadap Tuanku Muhriz pada Sabtu.
Image from: Istana Hinggap jadi tumpuan media
Kira-kira 50 pengamal media berkumpul di luar pintu utama Istana Hinggap.

SEREMBAN – Kira-kira 50 pengamal media berkumpul di luar pintu utama Istana Hinggap di sini pada Sabtu susulan kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran penyokong BN yang mengiringi ketibaan Timbalan Perdana Menteri itu dengan konvoi motosikal sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Difahamkan, Ahmad Zahid berada dalam Istana Hinggap bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sebelum ini, beliau memaklumkan akan menghadap Tuanku Muhriz secepat mungkin susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

**media[3602721]**

Terdahulu, BN dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan hasrat membentuk kerajaan negeri selepas kedua-dua gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN.

Menurut Ahmad Zahid, BN secara tidak rasmi memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti yang mencukupi untuk menerajui pentadbiran Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved