
SEREMBAN – Suasana di luar pintu utama Istana Hinggap, di sini, kelihatan meriah dengan kehadiran pengamal media, selain bunyi hon motosikal penyokong Barisan Nasional (BN).
Difahamkan ketika ini Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam Istana Hinggap untuk menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membuat tindakan sedemikian secepat yang mungkin.
Terdahulu, BN dan PN mengumumkan akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN hari ini.
Ahmad Zahid berkata, secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi, manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri. – KOSMO! ONLINE
The post Istana Hinggap jadi tumpuan selepas BN-PN capai majoriti appeared first on Kosmo Digital.





![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: BN akan menghadap Yang di-Pertuan Besar secepat mungkin - Ahmad Zahid](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602569.webp)