Istana N. Sembilan beri penjelasan, titah Ismail buktikan masih ada sokongan majoriti ADUN

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 4:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Istana Negeri Sembilan menegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memastikan kedudukannya selaras dengan konvensyen serta peruntukan Perlembagaan negeri.

Perlu buktikan ada sokongan majoriti

Menerusi satu kenyataan, Istana memaklumkan pihaknya akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan berhubung kedudukan Menteri Besar.

Perkara itu turut menyentuh perkembangan terbaharu selepas Ismail menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada pagi tadi.

Image from: Istana N. Sembilan beri penjelasan, titah Ismail buktikan masih ada sokongan majoriti ADUN

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Ismail memaklumkan beliau tidak pernah mengemukakan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November lalu dan tidak bersetuju surat berkenaan dikemukakan.

“Ismail ketika menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pagi ini menyatakan beliau tidak mengemukakan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November lalu dan tidak bersetuju surat berkenaan dikemukakan.
“Perkara sama turut ditegaskan Ismail dalam sidang media yang diadakan hari ini,” menurut kenyataan itu.

Penjelasan tentang dakwaan Tuanku Muhriz mahu Ismail kekal MB

Sehubungan itu, pihak Istana menjelaskan dakwaan bahawa Tuanku Muhriz mahu Ismail terus kekal sebagai Menteri Besar adalah tidak tepat dan tidak berasaskan fakta.

Hal ini susulan Ismail sendiri menegaskan bahawa beliau tidak meletakkan jawatan, sekali gus menyebabkan persoalan berhubung perkara tersebut tidak timbul.

“Persoalan itu tidak timbul, kerana beliau menegaskan bahawa beliau tidak meletakkan jawatan,” katanya.
Dalam masa sama, Istana turut menjelaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.
“Pihak Istana sebelum ini belum mengesahkan surat berkenaan,” katanya.
Image from: Istana N. Sembilan beri penjelasan, titah Ismail buktikan masih ada sokongan majoriti ADUN

Foto: The Star

Selain isu kedudukan Menteri Besar, Ismail turut diminta mengemukakan senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk pertimbangan Tuanku Muhriz.

Selepas semua urusan berkenaan disempurnakan, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pembentangan Belanjawan Negeri akan ditetapkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Selepas semua perkara berkenaan disempurnakan, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pembentangan Belanjawan Negeri akan ditetapkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
“Tuanku Muhriz berharap kemelut berkenaan dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan,” katanya lagi.
Image from: Istana N. Sembilan beri penjelasan, titah Ismail buktikan masih ada sokongan majoriti ADUN

Foto: Bernama

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved