Ikut tertib perlembagaan, jangan ambil jalan pintas -Mohamad

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 11:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ikut tertib perlembagaan, jangan ambil jalan pintas -Mohamad

SEREMBAN – Semua urusan berkaitan pentadbiran negeri perlu mematuhi tertib dan lunas Perlembagaan dalam menyelesaikan krisis di Negeri Sembilan tanpa mengambil jalan pintas.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara ini mempunyai perlembagaan dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam setiap tindakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau berkata, tiada jalan pintas dalam perlembagaan dan semua perlu memastikan setiap perkara dilakukan mengikut aturan yang ditetapkan.

“Negara kita negara yang berperlembagaan, negara yang ada undang-undang. Jadi semuanya mesti dilakukan dengan betul.Tiada jalan pintas dalam perlembagaan. Kalau buat secara tertibnya, saya rasa tak ada isu. Ikutlah tertib, jangan jalan pintas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri satu perjumpaan khas yang difahamkan turut dihadiri beberapa wakil rakyat daripada BN dan Perikatan Nasional (PN), di Wisma UMNO, di sini malam ini.

Mohamad berkata, kehadirannya dalam perjumpaan pada malam ini adalah bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

“Saya datang nak selesaikan masalah,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor dilihat menyambut kedatangan Mohamad.

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengemukakan atau memberikan persetujuan berkenaan surat peletakan jawatannya dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau turut memaklumkan telah dititah oleh Tuanku Muhriz untuk meneruskan tugas seperti biasa. – KOSMO! ONLINE

The post Ikut tertib perlembagaan, jangan ambil jalan pintas -Mohamad appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved